Wednesday, June 15, 2011

PENDIDIKAN UTAMA PENDIDIKAN PILIHAN

ISLAM MEWAJIBKAN SEMUA umatnya menuntut ilmu. Sabda Nabi SAW, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad; tuntutlah ilmu walau hingga ke Negara China, sentiasa menjadi pegangan mereka yang kasih kepada Baginda.

Berpandukan wahyu Allah yang pertama, Surah Al ‘Alaq ayat 1-5:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan,
Telah menciptakan manusia daripada segumpal darah,
Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah
Yang mengajarkan (menulis) dengan pena

Sejajar dengan tuntutan AlQuran dan AlHadis, maka setiap dari kita mendapat pendedahan terhadap pelbagai ilmu mencakupi pendidikan duniawi dan ukhrawi. Sedari kecil kita ditanamkan kesedaran supaya mencintai ilmu; suka membaca dan mentelaah. Juga membuat kerja rumah.

Ketika saya memasuki sekolah rendah pada lewat 70an, saya tidak berdepan apa-apa masalah. Perut kenyang kerana emak sediakan sarapan di rumah. Sekolah juga hanya beberapa langkah. Cukup bertenaga, maka minda menjadi terarah. Hanya dengan belajar di sekolah, mendapat 5A sebelum melangkah ke alam menengah.

Mencari kelas tiada masalah. Darjah satu kelasnya di bangunan lama. Kasihan Dina. Kelasnya dari Satu Arif hingga ke Satu Pandai. ‘Dulu cikgu kata kita Kelas Gemilang. Lepas tu, cikgu tukar kita masuk Kelas Cemerlang.’ Maka pada awalnya, selalulah Dina silap. Mana satu kelas saya? Keliru dan bercelaru dia.

Setelah sessi sekolah kebangsaan berakhir, Dina hanya ada 45 minit untuk ke sekolah rendah agama. Cuaca panas menyebabkan Dina mengutamakan mandi dari makan. Sudahlah pagi tadi tidak sempat sarapan. Dina keletihan. Lambatlah bangun dari tiduran. Itulah akibatnya apabila seronok bermain dan menonton hiburan. Bagi kanak-kanak itukan keutamaan dan keperluan.

Zaman Mak Ngah dulu dapat rehat hampir dua jam. Sekolah agama mula pukul tiga. Mak Ngah sempat jolok buah jambu dan buah kundang, panjat pokok ciku. Bawa ke sekolah jual dengan kawan-kawan dan Ustazah. Duit jual ciku bagi nenek. Duit jual jambu dan kundang nenek bagi Mak Ngah buat belanjalah. Seronoknya! Jika dibawa ke kedai boleh dapat gula-gula penuh semeja.

Kelas sekolah agama Dina ada pelbagai nama tokoh utama. Antaranya Ibnu Khaldun, Al Khawarizmi, Ibnu Sina. Kasihan sungguh pada yang masih tidak tahu membaca. Bagaimana hendak mencarinya?

Ini pula kisah sepupu Dina yang sama-sama di darjah satu. Nayli namanya. Datuknya panggil Bunga. Telah siap berpakaian seragam. Di atas sofa matanya pejam. Maka dia tidak ke sekolah agama semalam.

Syahmi pula kelasnya banyak tak terhingga. Maklumlah dia duduk negeri maju dan mara. Padat penduduk tumpuan semua bangsa. Bandarnya pun berhampiran dengan Putrajaya.

‘Syami kelas apa, Syami?’. Suatu hari Mak Ngahnya bertanya. ‘Kelas …..a.’

‘1 Ixora?’. Bukan. ‘1 Dillenia?’ Bukan.

‘Habis, kelas apa?’ Bengang sungguh Mak Ngahnya. Kerana dia sudah khatam buku tumbuh-tumbuhan tropika. Malu rasanya mengaku Siti Juara.

Kini telah masuk tiga purnama. Nama kelas Syahmi masih di luar pengetahuan saya. Semalam semasa menghantar Dina, dapat lagi satu cerita buat ulasan penglipur lara.

Sebelah tangan memegang basikal, sebelah lagi menyuap goreng pisang. Kasihan dan belas memandangnya. Ibu bapa sibuk bekerja. Pandai-pandailah bawa diri, ya?

DI DALAM ALQURAN ada pelbagai pengajaran dan peringatan. Ilmunya luas tiada sempadan dan batasan. Ilmu mengenai kematian dan kehidupan. Urusan perniagaan dan perhubungan. Juga sejarah, tumbuh-tumbuhan dan boleh diguna sebagai ubat-ubatan. AlQuran juga beri penjelasan,

Surah Ar Rum ayat 22:

Dan di antara kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan BAHASAmu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.

Bahasa Melayu dahulunya ‘lingua franca’. Kini telah jadi caca merba. Maka selesalah kita mengguna bahasa penjajah. Tidak mengapalah. Ia bahasa seantara dunia dan menguasai maya pada.

Syukurlah diri tidak kenal penat. Walaupun dahulu lidah tergeliat. Maklumlah rujukan dalam bahasa korporat. Namun cakap Melayu tidak pernah pelat. Tidak mahu dikata Melayu bangsat atau khianat.

Adanya internet memudahkan kerja. Bebas menuntut ilmu dari benua mana. Australia, Eropah juga Amerika. Seronoknya rasa tidak terhingga. Kadang-kadang minda bagai hendak gila. Asyik membaca dan menulis nota.

Pesan Wak menjadi dorongan. Ilmu yang ada mesti dikongsikan. Jadikan buku boleh ramai dapat panduan. Luahkan, sebarkan, supaya bertambah lagi engkau punya pengetahuan.

Surah Taahaa ayat 114:

Maka Maha tinggi Allah, raja yang sebenarnya. Janganlah engkau bersegera (membaca) Quran, sebelum habis wahyunya kepadamu. Katakanlah: Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.

MAK NGAH SAYA memang kuat membaca. Apa sahaja, majalah ke atau buku cerita, dia juga gemar mengguna alatan media, sitcom lucu perhatian utama. Tapi dia suka lawak yang bijaksana. Yang tidak mengajar kanak-kanak jadi kurang ajar katanya. Atau memperbodohkan orang tua-tua.

Bagi Mak Ngah semuanya ilmuan. Tengok The Nanny dia belajar psikologi, rancangan Discovery memberi inspirasi, dia juga suka program masakan, tidak ketinggalan acara sukan. Cukup-cukuplah tu Mak Ngah buat rujukan.

Suatu hari Mak Ngah tersenyum malu, alamak adik ni kritik tidak menentu.

“Saya tak bagi anak-anak saya tengok cerita Melayu. Asyik adegan marah, gaduh, masuk disko, bla..bla.. Saya suruh mereka tengok Discovery atau National Geographic.”

“Dik, lain kali nak buat perbandingan kena bandingkan dengan yang serupa. ‘Apple to apple’ meminjam kata-kata lain bangsa.”

Cerita cereka kenalah bandingkan dengan cerita cereka. Dalam kes ini, adik kena bandingkan dengan cerita-cerita dari Negara jiran kita. Indonesia bukan Singapura. Saksikan watak jahatnya. Dengki tak ingat dunia.

Dalam cerita cereka atau fiksyen, watak direka supaya ada yang baik dan sebaliknya. Protagonis dan antagonis di beri nama. Kalau tidak bagaimana konfliknya? Cerita mendatar tidak bergelora. Bukankah resam dunia ada suka dan duka?

Program Discovery dan Nat Geo, itu bentuk bukan fiksyen. Genre ini berdasarkan sejarah atau fakta. Tidak boleh khayalan semata.

“Adik tahu tak berapa bajet mereka ada? Bagaimana dengan kemudahan yang diterima?”

Thomas Balmes, penerbit dokumentari ‘Babies’, melakukan kajian di empat buah Negara: Mongolia, Afrika, Jepun dan USA selama dua tahun, merakam aksi kanak-kanak pelbagai gaya. Sesiapapun jika dapat fokus begini, pasti hasilnya berkualiti. Usah diharap di Negara kita ini, kerana ramai yang hasad dengki. Tidak kurang yang iri hati.

Maka usahlah engkau merasa hairan, lulusan Harvard berlakun filem Black Swan. Namanya ialah Natalie Portman. Menang pula oskar kerana keunggulan.

James Bonnet pula berkata, kepada sesiapa novelis di Amerika, letak sahaja komputer diriba, mengalirlah wang dari seluruh pelusuk dunia. (Penulis The DaVinci Code, Dan Brown, menerima royalti melebihi USD 50 juta hasil jualan di Amerika sahaja. Belum termasuk jualan di seluruh dunia.)

Mak Ngah saya masih bersemangat, nasyid Sami Yusuf dan Maher Zain beralih minat, dia ikut menyanyi tapi asyiklah tersekat-sekat, suami dia pun dia dah tak ingat, namun ingatannya masih kuat, dia nak kongsi satu lagu yang hebat.

Memetik senikata dari lagu ‘Greatest Love of All’ dendangan Whitney Houston,

‘I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be’

‘My interest is in the future because I am going to spend the rest of my life there – Charles F Kettering’

MAK NGAH JUGA tidak berhenti-henti memuji, dengan nenek kita dia berkongsi, tidak jemu mendengar Si Sami memuliakan Ilahi, tidak kira pagi, petang atau dinihari.

Begitu hebatnya Asma Allah. Auranya menusuk ke dalam jiwa. Sesiapa yang sakit InsyaAllah lega, memberi penawar kepada yang menderita. Bertambah tenaga menjadi ceria. Hilanglah segala duka lara dan nestapa.

Terlanjur kita galak bercerita, biarlah saya sentuh satu perkara, asalnya konsep perubatan tenaga, tapi kita telah salah guna.

Menurut buku The New Guide to Therapies, ‘affirmations’ iaitu pengesahan ialah satu atau beberapa ayat yang kita guna untuk menjadikan kita lebih berkeyakinan. Antara frasa yang dicadangkan ialah:

‘I can do magic’, ‘I can do it’, dan sebagainya. Apabila anda menggunakan ayat-ayat ini, anda pastikan dahulu anda mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, saya sering berkata kepada diri saya; ‘I am a successful writer,’ kerana saya tahu saya berbakat dan mempunyai minda yang sering bersuara.

Konsep ini sebenarnya berasal dari anutan Buddha. Agama ini percaya apabila niat anda baik, semangat alam dan tenaga dari bumi akan turut membantu anda mencapai apa yang anda mahu.

Oleh itu apabila kita beramai-ramai menyebut Malaysia Boleh, maka jadilah Negara kita Negara yang serba boleh. Boleh buang sampah merata-rata, boleh berniaga apa sahaja tidak kira di mana, semua halal apa dia yang haramnya, boleh juga baling-baling kepala!

Penulis berdoa pembaca tak marah, ini teguran fardhu kifayah, yang suruh tulis pun dia agama Buddha, malulah saya asyik dihina oleh orang Singapura. Begitu katanya kepada saya. Mungkin kita perlu tiru rakyat Amerika. Mereka pun tahu berdoa: ‘God Bless America.’

“Kak, kak, satu Malaysia pulak macammana?”

Idea hebat mahu menyatukan Negara, bangsa sendiri asyik kata-mengata,
Berhentilah sebelum jadi huru-hara, bimbang tumpah darah di desa di kota.

Telah puas menjelajah dunia, akhirnya naluri moyang membawaku ke Sumatera, menyelongkar sejarah keturunan dan baka, rupanya keturunanku dulu taat beragama, kuat juga pegangan adat dan budaya, malangnya moyang telah silap bicara, membuat perjanjian dengan makhluk yang hina dina. Moyang juga suka makan bertih, ramailah cucunya yang merintih.

‘Evil often triumphs, but never conquers – Joseph Roux’

Begitu kuatnya aura ilmu, semakin dicari semakin ia mendekati. Marilah kita sama-sama renungi, Surah Al-Baqarah, ayat 269:

Dia memberikan hikmah (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mendapat hikmah itu, sesungguhnya dia telah mendapat kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang menerima peringatan, melainkan orang-orang yang berakal.

Ilmu juga mendidikku, lakukanlah apa sahaja yang menggembirakan. Matlamat utama ialah kebahagiaan. Bukan semata-mata mengejar kekayaan.

Ini tulisan si Siti lulusan Universiti, dulu guru kini ahli psikoterapi,
Bicaranya sering menyentuh personaliti, kata-katanya juga berapi-api.

Pernah belajar di sekolah yang membina,
Ke universiti memimpin teruskan pengajian,
Bukalah mata, minda dan jiwa,
Isilah raganya dengan pengertian.

Mahu program bual bicara sehebat Oprah?
Kenalah pengacaranya Siti Juwairah,
Namun dia telah fokus minda dan berubah arah,
Seronok menyelidik dan menulis di rumah.

Wahai kakak yang tidak kukenali,
Marilah kuberitahu masalah kami,
Buat apa kami nak susahkan diri,
Ramai ke yang suka program buatan sini?
Kakak pun kenalah sedarkan diri,
Disini pentingkan imej dan populariti.


SITI JUWAIRAH ABD WAHAB,
ICHM B11 336,
MELAKA.