Tuesday, April 7, 2009

Untuk renungan bersama

Apabila Puteri Berseloka

Mengaku lelaki Melayu Islam
Jadi nakhoda kapalnya karam

Jawatan besar, pejabat pun besar
Badannya juga agak besar
Bila marah bahasanya kasar
Kerana mindanya tak cukup besar

Naik komuter ‘air-cond’nya rosak
Membuat hati jadi bengkak

Promosi ‘broadband’ galak sekali
Begitu juga dengan 3G
Namun servis menyakitkan hati
Boleh sakit jiwa jadinya nanti

Berbaju Melayu siap bertanjak
Tetapi layu tidak tegak
Sebab itu mudah dipijak-pijak
Tapi masih nak tunjuk lagak

Menuntut ilmu dengan bangsa asing
Bangsa sendiri rasa terasing

Banyaknya pokok tidak terperi
Bunganya pula berwarna-warni
Di sana sini arah diberi
Masih tak jumpa yang dicari

Dengar ceritanya Melayu Islam sejati
Sayangnya dengki mengalahkan Yahudi

Di utara keli di selatan sembilang
Hendak dimakan di waktu siang
Dunia akhirat mestilah seimbang
Melayu cemerlang, gemilang, terbilang

Ikan kembung si ikan tenggiri
Pelancong sendiri di anaktiri

Pelbagai barang, indah warnanya di sana sini
Dibuat dengan mesin, kraftangankah ini?

Promosi barang beria sangat
Perintah Tuhan jadi tak ingat


Ramainya orang membela keli
Senyumlah walau orang tak beli

Duku, dokong, rambai dan langsat
Pelancong asing yang pandai pun madang sesat
Penulis tak mahu komen banyak sangat
Nanti dikata Melayu bangsat

Masyhurnya Melaka di peringkat antarabangsa
Bangganya kita tidak terkira
Rupanya indah khabar dari rupa
Kerana banyak jalan sehala

Tuan Pengurus, Puan Pengarah
Orangnya kurus berbaju merah
Bila dikritik janganlah marah
Tunjukkan kerja, bukan mengerah/memerah

Kini semuanya dihujung jari
Malulah asyik nak idea ‘free’
Cuba-cubalah belajar sendiri
Kalau tak mahu tak payah ke universiti

Suntikan modal berjumlah besar
Projeknya juga hebat dan besar
Beli kereta, rumah dan makan besar
Sedarlah sikit, lahir kecil, berjalan, berlari, baru besar

India, Cina juga Melayu
Terbayang keretanya yang bising dan laju
Pergi ajelah ke litar pandu
Bolehlah tunjuk handal di situ

Makan manggis bermain gasing
Melayu Bugis bunyinya macam samseng

Graduan sekarang belajar kemahiran berfikir
Tapi tak faham-faham apatah lagi kalau disindir

Pelakon, penyanyi juga pengacara
Nasib baik tak baca berita
Tetamu undangan madang mereka
Fokuslah, jangan bolot semua, jadi caca merba

Saka dan hantu berkongsi bayangan
Sudah-sudahlah tu, berhentilah ditayangkan

Budak-budak bermain congkak
Sudahlah kak, saya penat gelak

Biji saga warnanya merah
Orang Melaka memang meriah

Roti kaya kuih koleh
Malaysia boleh!

Buah naga dan buah ara
Maju minda maju Negara

Padang Temu bukan tempat bertemu
Jangan jemu menuntut ilmu

Luas ilmunya, maklumlah keturunan bijak
Puasnya hati, pelbagai bangsa nak ikut jejak

Indahnya seloka bagai bahasa istana
Kerana dikarang keturunan raja
Raden Galoh Cendera Kirana
Namun telah hilang takhta

Pembaca semua janganlah murka
Kerana ianya istilah beta

Penulis berdoa pembaca tak marah
Ini teguran fardhu kifayah
27 Mac 2009


SITI JUWAIRAH
Graduan Kimia dan Pengurusan (USM) ,
Ahli psikoterapi alternatif komplementari (UK),
EQ Training (USA),
Creative Writing (UK).

No comments: